Friday, November 12, 2010

KISAH TENTANG DAJJAL DAN HARI KIAMAT


Pada suatu pagi Rasullullah berbincang dengan para sahabatnya mengenai Dajjal, kadang kala beliau meninggikan suaranya dan kadang kala merendahkan suaranya, sehingga kami merasa seolah-olah kami berada di dalam kelompok lebah.Petang hari kami yang mendengar cerita Rasullullah pergi ke rumah Rasullullah, beliau telah tahu tentang soalan kami. Tanya Rasullullah; "Apa khabar kamu semua", jawab kami "Baik", tapi kami hendak bertanya mengenai Dajjal, dan mengapa apabila Rasullullah berbicara, kadang kala suara Rasullullah tinggi dan kadang kala rendah ?. Jawab Rasullullah; "Bukan dajjal yang mengkhutirkanku terhadap kamu semua, jika dia muncul dan aku masih berada di antara kamu tentu aku akan membela kamu terhadapnya .Dan jika dia muncul, sedangkan aku tidak berada di samping kamu, maka umat manusia akan menjadi pembela atas dirinya sendiri, dan Allah Taala pengantiku menjadi pembela atas setiap orang muslim".

Dajjal pemuda berambut kerinting, matanya sepet, aku lebih suka mengatakannya serupa dengan Abdul Uzza bin Qathan. Barang siapa di antara kamu bertemu dengannya, hendaklah dibacakan padanya permulaan surah Al-Kahfi.Dia akan muncul di suatu tempat sunyi antara Syam dan Iraq . Lalu dia akan merusak ke kanan dan ke kiri. Wahai hamba Allah kerana itu teguhkan pendirian kamu!. Tanya kami; "Berapa lamakah Dajjal akan tinggal di bumi ?", jawab Rasullullah : "Selama empat puluh hari, satu hari sama seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti sepekan dan selebihnya seperti hari-hari kamu sekarang". Tanya kami; "Ya Rasullullah, ketika sehari seperti setahun, cukupkah kalau kami solat seperti solat sekarang ?", jawab Rasullullah; "Tidak" tetapi hitunglah bagaimana pantasnya.Berapakah kecepatannya di bumi ?" jawab Rasullullah; Seperti hujan ditiup angin. Dia mendatangi suatu, maka diajaknya kaum itu supaya beriman kepadanya, lalu mereka beriman kepadanya dan mematuhi segala perintahnya.

Di perintahkan langit supaya hujan, maka turunlah hujan. Maka diperintahkan bumi supaya subur, maka suburlah tumbuhan-tumbuhan. Bila hari sudah petang, ternakan mereka akan pulang ke kandang dalam keadaan lebih gemuk dan dengan susu yang lebih besar kerana cukup makan. Kemudian didatangi kaum yang lain dan diajaknya supaya mereka beriman kepadanya tetapi mereka menolak ajarannya, maka dia berlalu dari mereka. Besok pagi negeri mereka menjadi kering kontang dan habis semua kekayaan mereka.Kemudian katanya; "Keluarkan perbendaharaanmu! " maka keluarlah seluruh kekayaan negeri itu dan pergi mengikuti Dajjal seperti pemimpin lebah diikuti rakyatnya. Kemudian dipanggilnya seoarang pemuda remaja lalu dibelah dengan pedangnya sehingga anak muda itu terbelah dua dan belahannya itu di lempar sejauh anak panah dipanahkan.

Dajjal memanggil tubuh yang terbelah itu kembali, dia datang seutuhnya dan dengan wajah yang berseri-seri sambil ketawa. Sementara Dajjal asyik dengan perbuatannya yang merosak, maka Allah Taala menurunkan Nabi Isa Al-Masih Ibnu Maryam.Dia diturunkan Allah dekat menara Putih sebelah timur Damsyik dengan memakai dua pakaian berwarna, berpegang pada dua sayap malaikat. Apabila dia menundukkan kepala hujan akan turun, dan apabila dia mengangkat kepala, berjatuhan daripadanya biji-bijik perak bagaikan mutiara. Orang kafir tidak boleh mencium bau nafasnya, sesiapa yang kena bau nafasnya akan terus mati. Bau nafasnya boleh dirasa sejauh mata memandang, maka Nabi Isa a.s. akan mencari Dajjal.

Dan Isa bertemu Dajjal di pintu gerbang kota lid (sebuah kota dekat Baitul Maqdis), lalu dibunuhnya Dajjal tersebut. Kemudian Isa menghampiri kaum yang dipelihara Allah dari kejahatan Dajjal.Maka diusapnya mereka dan dikhabarkan kepada mereka kedudukannya di syurga. Allah mewahyukan kepada Isa a.s. "Aku akan mengelurkan hamba-hambaku yang tidak terkalah oleh sesiapa pun, kerana itu selamatkanlah hamba-hambaku yang soleh ke bukit", lalu Allah Taala mengeluarkan Ya'juj dan Ma'juj. Mereka turun melanda dari tempat tinggi. Gelombang pertama melewati telaga Thiber, lalu mereka minum habis telaga tersebut.

Kemudian datang pula satu kumpulan yang lain, kata mereka; "Sesungguhnya dahulu ada air di sini". Nabi Isa dan para sahabatnya terkepung, sehingga sebuah kepala sapi lebih berharga bagi mereka dari seratus dinar bagi seorang kamu pada hari ini (kerana kekurangan makanan).Maka nabi Isa a.s. dan pengikutnya memohon kepada Allah s.w.t semoga Allah Taala menghancurkan Ya'juj dan Ma'juj. Maka Allah s.w.t mengirimkan kepada mereka penyakit hidung seperti ada haiwan-haiwan sehingga mereka mati semuanya. Kemudian Nabi Isa dan para sahabatnya turun ke bumi. Tetapi tidak sejengkal tanah pun di dapati melainkan penuh dengan bangkai-bangkai busuk. Nabi Isa dan para sahabatnya mendoa kepada Allah s.w.t semoga sudi menghilangkan bangkai-bangkai yang busuk itu.

Maka Allah s.w.t mengirimkan burung-burung sebesar unta lalu di angkut bangkai-bangkai tersebut dan dilemparkan ke tempat yang diperintahkan Allah s.w.t. Kemudian Allah menurunkan hujan, sehingga walaupun rumah-rumah tanah liat dan rumah-rumah bulu dibersihkannya. Sehingga bumi kelihatan seperti kaca, kemudian Allah perintahkan kepada Bumi; "Tumbuhkan tumbuhan-tumbuhan dan kembali keberkatan mu!" Ketika itu sekumpulan keluarga, kenyang memakan sebuah delima dan mereka dapat berteduh di bawah kulitnya.Rezeki mereka sangat berkah, sehingga susu unta cukup untuk orang sekampung, susu sesekor sapi cukup untuk orang satu kabilah, susu seekor kambing cukup untuk sekeluarga terdekat. Ketika itu mereka berada dalam keredaan Allah Taala. Tiba-tiba Allah mengirimkan angin yang baik memasuki ketiak mereka, maka tercabutlah roh setiap mukmin dan orang muslim.Maka tinggal orang-orang jahat belaka, mereka bercampur baur seperti kaldai, maka dengan itu terjadilah hari kiamat.


Tika ku kenal erti tarbiah...

Manusia..kita buta dalam celik,bisu dalam kata-kata,tuli dalam dengar ,sering khilaf dalam perbuatan.Bermuhasa bah itu keperluan , dalam mengetuk pintu iman.......

Wednesday, June 16, 2010

Berbagai-bagai kisah Anti-Yahudi

Isu keganasan Israel di Gaza semakin pudar sedikit demi sedikit. Kebencian terhadap Yahudi yang bermusim tidak akan dapat menggerakkan perjuangan menentangnya secara konsisten. Mari kita imbau kisah-kisah boikot Yahudi di bawah ini. Cari yang tersirat di sebalik kisah yang mudah-mudah ini:

BARU NAK BOIKOT

Saya benar-benar tersentuh mendengar perbualan anak jiran baru-baru ini.

“Jom kita makan …..*** (menyebut satu jenama ayam goreng yang terkenal)” kata si adik yang berumur lima tahun.

“Tak bolehlah, emak kata itu Yahudi punya,” jawab si kakak.

Si adik diam.

Saya yang berada di sebelah mereka berkata kepada si adik, “nak makan ***?” Sengaja menguji.

“Tak mahulah Pak Cik itu kan Yahudi,” jawab si adik. Sah, “tarbiah” si kakak berkesan.

Itulah antara perbualan kecil yang disuarakan oleh “orang kecil”. Namun jika difikirkan dalam-dalam, ia memberi impak yang besar dalam agenda perjuangan ummah. Saya percaya ada banyak lagi perbualan yang seumpamanya dalam masyarakat Islam akhir-akhir ini. Suara kebencian. Suara kemarahan terhadap Yahudi laknatullah.

Jika momentum seperti itu terus ditingkatkan dalam masyarakat, insya-Allah akan bangun satu generasi baru di kalangan ummah yang benar-benar bencikan Yahudi. Bayangkan kalau sebelum ini anak-anak yang kecil umat Islam sudah dapat terbiasa menghafal nama-nama produk yang ada kaitannya dengan Yahudi bahkan gemar “menikmatinya”, kini satu pusingan U berlaku, yang mana mereka mula membencinya. Yang penting bukan produk keluarannya sahaja tetapi kebencian terhadap Yahudi itu sendiri yang lebih utama!

TAK MAHU BOIKOT

“Tak praktikal…”

“Mengapa?” tanya saya.

“Kalau kita boikot produk-produk tu, kita juga yang susah. Bukankah anak-anak kita juga yang bekerja dengan syarikat-syarikat berkenaan?” jawab dengan satu soalan.

Saya terdiam. Ada logiknya.

“Kita belum kuat. Jangan cari penyakit…” tambahnya lagi.

“Kalau begitu bagaimana kita hendak melahirkan kebencian terhadap Zionis?” kata saya.

“Perlukah kebencian dilahirkan?”

“Kalau kebencian tidak dilahirkan, apa maknanya?”

Dia pula yang diam.

“Kalau awak tidak setuju kempen boikot produk Yahudi ni… Ada cara lain?”

“Kita tak boleh buat apa-apa,” ujarnya selamba.

Sikap in-aktifnya itu mengingatkan saya pada satu kisah yang saya dengar diceritakan dalam satu rancangan TV oleh seorang Ustaz Zamri “mantop” satu ketika dahulu. Kisah bagaimana ketika Nabi Ibrahim AS dibakar oleh raja Namrud dengan api besar. Melihat api besar itu seekor burung kecil segera mengambil air dengan paruhnya yang kecil lalu dititiskannya ke atas nyalaan api besar itu.

Perbuatan buruk kecil itu ditertawakan oleh burung-burung besar yang lebih besar.

“Apa gunanya air yang setitis itu?” burung besar menyindir.

“Untuk memadamkan api yang membakar kekasih Allah Nabi Ibrahim,” jawab burung kecil.

“Ha, ha… usaha yang sia-sia. Masakan api yang sebesar itu mampu dipadamkan oleh setitis air?” ejek burung besar lagi.

Anda tahu apa jawapan burung kecil?

Jawapannya begini:

“Aku yakin bahawa Allah tidak akan bertanya kepadaku apakah dengan usahaku api itu berjaya dipadamkan, tetapi Allah pasti bertanya apa yang telah aku lakukan untuk memadamkan api itu…”

Mendengar jawapan burung kecil, sekalian burung yang besar terdiam. Ya, kalau kita hanya umpama “si burung kecil” dalam usaha memerangi kekejaman Yahudi… siramlah walau “setitis air” untuk memadamkan keganasannya. Carilah bukti dan saksi keprihatinan kita terhadap nasib umat Islam di hadapan Allah nanti.

TAK MAMPU NAK BOIKOT

“Lebih baik boikot hedonisme,” kata seorang sahabat rapat saya seorang pensyarah di sebuah universiti tempatan.

“Mengapa?”

“Hampir semua budaya hedonisme ditaja dan didalangi oleh Yahudi.”

Saya terdiam. Ada benarnya kata sahabat saya itu. Tentu dia sudah membuat kajian dan penerokaan.

“Kerosakan oleh hedonisme lebih dahsyat daripada sebotol minuman dan sepotong ayam goreng,” katanya bersemangat.

Sekali lagi saya mengangguk-angguk. Filem, lagu, fesyen, muzik yang bertentangan syariat sangat dekat dengan kehidupan umat Islam masa kini. Sedar tidak sedar, kita adalah pengguna terbesar produk hedonisme Yahudi.

“Tapi langkah ini susah sedikit. Hampir setiap masa umat Islam “menikmati” lagu-lagu dan filem sebegitu,” ujar saya perlahan.

“Susah? Kalau nak lawan Yahudi kenalah susah. Mana lebih susah, umat Islam Palestin yang sedang bermandi darah atau kita yang hanya perlu menutup telinga dan mata daripada produk hedonisme Yahudi?”

Saya tersenyum sinis melihat bagaimana ada kalanya agenda hedonisme diuar-uarkan kononnya untuk menentang Zionis. Aktiviti hiburan keterlaluan, pendedahan aurat dan pergaulan bebas dijadikan wadah untuk memerangi Yahudi padahal itu semua adalah cara hidup yang memang “disukai” oleh Yahudi.

Ramai yang tidak sedar bahawa Yahudi adalah penaja kepada budaya pendedahan aurat dan pergaulan bebas dunia masa kini. Mereka bukan sahaja meraih keuntungan komersial bahkan berjaya meruntuhkan semangat jihad remaja Islam menerusi produk-produk hedonisme itu. Saya setuju benar dengan pandangannya. Dan saya lihat dia benar-benar mempraktikkan cakap-cakapnya. Syabas!

DAH LAMA BOIKOT

Saya lihat wajahnya selamba. Seolah-olah begitu naif. Imam masjid itu benar-benar mengejutkan saya. Soalan yang diajukan kepadanya sangat gah. Ingin mendengar soalan itu? Ya, ini soalannya:

“Apakah peranan Imam seperti anda dalam usaha memboikot Yahudi?”

“Saya dah lama boikot,” jawabnya pendek.

“Sejak bila?”

“60 tahun lalu!”

Biar betul imam ni. Zionis baru sahaja mengganas awal Januari 2009. Dia pula mendakwa sudah mula memboikot Yahudi sejak 60 tahun yang lalu. Negara Israel itu pun baru wujud pada tahun 1948.

“Israel pun baru wujud 51 tahun yang lalu,” saya seolah-olah mengingatkan.

Imam itu senyum lalu berkata,” tetapi Al-Quran sudah menjelaskan permusuhan Yahudi terhadap Islam sudah 1400 tahun yang lalu. Sejak Al-Quran diturunkan!”

Saya benar-benar terkejut. Terkesima. Ini bukan sebarang Imam. Saya bertanya lagi, “kalau begitu kenapa tuan katakan sejak 60 tahun?”

Imam itu masih tersenyum. Kali ini dengan lebih serius dia berkata, “saya anak Tok Guru Pondok. Sejak berumur 10 tahun, Almarhum ayah telah mendidik dengan al-Quran. Saya masih ingat, pesan ayah ketika mentafsirkan ayat-ayat Quran berkaitan dengan Yahudi… Yahudi itu musuh Islam. Kena lawan mereka habis-habisan!”

Belum sempat saya bertanya, dia menyambung bicaranya, “saya tanyakan ayah macam mana melawan Yahudi?”

Ya, itulah juga soalan yang ingin saya tanyakan kepadanya.

“Hidup ikut syariat Islam. Jaga akidah. Jaga akhlak. Hidup cara Islam itulah kaedah melawan Yahudi. Jadi, saya dah lama boikot Yahudi ni…”

Ya, saya dapati di pondok pengajian bersebelahan masjid tempat dia menjadi imam, tidak ada ubat gigi, ayam goreng, CD, VCD, kopi dan lain-lain produk yang tersenarai sebagai produk berkaitan Yahudi. Remaja lelaki dan wanitanya tidak mendedahkan aurat. Tidak ada pergaulan bebas. Ayat-ayat Quran dan zikir sentiasa berkumandang melalui corong pembesar suara di masjid dan celah-celah rumah berhampiran. Dia dan “daerah” itu telah lama memboikot cara hidup Yahudi!

* Dipetik daripada blog genta rasa.

Saturday, May 22, 2010

Jalan ini...

Aku memilih jalan ini
Jalan yang ku pasti
Membawaku kepadaNya

Jalan ini
memang tidak seperti yang lain
yang luas terbentang dan menjanjikan kesenangan sementara
Aku yakin dengan janjiNya
bersusah payah di sini untuk menikmati kesenangan di sana

Meskipun banyak ranjau dan duri perlu ku tempuhi
Aku tetap tegar dengan pilihanku ini
Ya Allah berikanlah peringatan kasih sayangMu melalui ujian terhadapku
Agar aku tahu aku masih Kau ingati untuk menerima tarbiyah

Berikanlah kekuatan ini jua terhadap ahli keluarga dan sahabat-sahabatku
Moga kami terus betah
untuk kekal dalam jalan ini
Supaya nanti nikmat hakiki akan dikecapi
di syurga abadi

Sunday, April 18, 2010

Keluhan Seorang Pendakwah

Letih..
Letih memikirkan segala masalah di depan mata.

Namun, adakah wajar untuk aku letih?

Sebanyak mana usaha aku andai dibandingkan usaha Nabi dan para sahabat. Berapa banyak usahaku ini berbanding usaha Hassan al-Banna. Layakkah aku untuk berasa letih?


Kecewa..
Hampir setiap jalan yang cuba aku redah menemui jalan buntu.

Namun, adakah layak untuk aku kecewa? Sedangkan Rasulullah S.A.W. yang ditolak oleh kaum sendiri pun tidak berputus asa dalam perjuangan, siapalah aku untuk kecewa?


Sibuk..
Sibuk menjalankan amanah-amanah yang diberi.

Namun, layakkah aku untuk mengaku diri ini sibuk?

Jika aku sibuk, bagaimana dengan Imam Syafie', Imam Ghazali dan Imam Nawawi? Apalah aku dibanding dgn mereka yang jauh lebih sibuk dan jauh lebih hebat dari diriku.


Pedih..
Pedih hati dan fizikal ini apabila menghadapi ujian dalam perjuangan ini.

Namun, apalah erti kepedihan ini dibandingkan dengan Bilal bin Rabah yang dihimpit dengan batu kerana menegakkan kalimah Ahad?


Hampa..
Hampa apabila amar makruf nahi mungkar yang dijalankan tidak diendahkan.

Adakah ini alasan untuk berhenti berjuang?

Sedangkan Nabi Nuh yang beratus tahun berdakwah, hanya sebilangan kecil kaumnya mengikutinya, namun, adakah baginda berputus asa?


Adakah kita selaku pendakwah ini selalu mengeluh? Mengapa perlu kita mengeluh?

Sedangkan sewaktu kita mengaku keIslaman diri, kita sudah menandatangani kontrak dengan Allah. Kontrak seumur hidup. Kontrak untuk bekerja untuk agamaNya.


Jadi, mengapakah kita mengeluh? Tiada alasan untukku berputus asa. Hanya ada satu jalan untukku. Gigih berusaha!


"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar."
(At-Taubah:111)

Tuesday, April 13, 2010

Lemahnya diri..


Salam..sudah lamanye rasa tidak meng-update blog ni..sahabat2 pun sibuk bertanya bila nak update blog ni...banyak kekangan daripada pelbagai segi. Bak kata seorg sahabat, "Priority first". Memang x dinafikan tanggungjawab kita semasa hidup melebihi masa yang kita ada. Apa2 pun kena bijak mengagihkan masa kena pada tempatnya. InsyaAllah nak kongsi sikit tentang apa yang sedang bermain di fikiran tika ini. Kadang2 diri sendiri terfikir, adakah telah memberi sesuatu kpd sekeliling atau sekarang ini keadaannya diri ini sebenarnya lebihan dunia dan seisinya? Masih banyak jahiliah dalam diri kerdil ini. Kadang2 amat kisah dgn keadaan sekeliling, tapi sayangnya kekisahan itu tidak lama. Memetik bait2 lirik lagu Damba CintaMu daripada kumpulan Raihan "Bilakah diri ini kan kembali kepada fitrah sebenar, pagi ku ingat petang ku alpa,begitulah silih berganti". Itulah hakikat keadaan diri sekarang ini. Masih sedar akan tanggungjawab kepada saudara2 seagama yang lain, cuba untuk memperbaiki diri dan yang lain, namun 'harimau' yang berada diri ini belum keluar lagi. Bilakah tiba saat itu?

Ya Allah, kuatkan aku laksana Saidina Umar al-Khattab dan para mujahid seisinya , tidak gentar walaupun jahiliah mencengkam sekeliling supaya aku mampu menjadi mata rantai di jalanMu hingga ke akhirnya.

Moga bersua lagi. Wallahu'allam.

Monday, February 1, 2010

Wanita (Dehearty)

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan saja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkan ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk
Engkaulah wanita istimewa

Didiklah wanita dengan keimanan bukannya harta
Ataupun pujian kelak tidak derita
Mengharap pada yang binasa

Sedarilah insan istimewa
bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan





Muslimah Sejati part 1







Salam. Lama rasanya nak mention about this topic. For me,it's such a hot issue to discuss about.Pernah tak kita khususnya muslimah nak jadi lebih baik from apa yg kita ada skrg? Of course la,why not kan!Mungkin kita x mampu untuk jadi sebaik dan semulia sahabiah terdahulu seperti Aishah r.anha, Fatimah , Khadijah mahupun Rabiatul Adawiyah.Mungkin ada yg berfikir ,"Aku ni dah x bape baik,mmg agk mustahil la nak jd mcm tu,biar la certain golongan je yg jd mcm tokoh2 tu". Terutama kita yg hidup di akhir zaman ni, zaman di mana penuh fitnah dan mehnah. Salah satu fitnahnya termasuk muslimah itu sendiri.Rasulullah SAW bersabda yg Baginda begitu takutkan fitnah wanita terhadap lelaki di akhir zaman ini.

Muslimah seharusnya mendidik dan menghargai diri mereka. Kita sewajarnya patut sedar yang besarnya peranan dan pengaruh kita dalam sumbang saran terhadap sesuatu perkara. Contohnya,jika tenaga dan fikiran muslimah itu didorongkan ke arah kebaikan,contohnya dakwah, mereka mampu untuk mewujudkan satu komuniti yang besar dan hebat yang bisa menggegar dunia,malah setandingan dengan kaum muslimin.

Wahai muslimah! Ketahuilah engkau bahawa dirimu begitu bernilai,janganlah kau lenyapkan dirimu ke lembah kemusnahan yang x kau tahu bila pengakhirnya.
Percayalah, Allah sentiasa bersamamu.Wanita itu adalah perhiasan dunia dan sebaik2 wanita itu wanita solehah. Dan x mustahil wanita solehah itu adalah DIRIMU! Bermuhasabahlah..~Salamullah~

Saturday, January 30, 2010

Kick start!

Salam buat sume. Baru dpt inisiatif mlm ni utk update blog ni, syukurlah ats bantuan roomates tersayang. berlumba2 td nak tolong,rajin la katekan. Credits to izzah n yaya, thanks a lot n love u guys my adiks!Eventhough your akak here is very fussy la ,mcm2 kerenah betul nak yg ni,x nak yg tu,izzah especially tetep sabar je dik..=) Lps dah update ni baru nampak alive skit blog ni..For me , banyak lg kena belajar utk mantapkan this blog by myself,without helping from others.. InsyaALLAH,lps ni akan try masukkan post2 yg berkualiti ,mungkin dpt dikongsi dgn sahabat2 di sana.

Anyway, hari ini dapat hang out together with my housemates kat masjid india n sogo. best sgt hang out dgn dorg,first time la ni kuar shopping sama2 coz sebelum ni asyik refused je bila ajak kuar. together with my roomates, yah, ten n my youngest adeq. Macam nak tercabut kaki rasanye hari ni, dah lupa dah bila kali terakhir rasa mcm tu...hehehe. Alhamdulillah, akhirnya dapat jgk hadiah buat diri sendiri,terapi kendiri katekan, yg mmg lame kempunan rasanye nak miliki. Novel mendidik jiwa, Tautan Hati by Fatimahsyarha, Bahtera Penyelamat by Fathi Yakan, Majalah i isu terbaru n majalah akhbar iluvISLAM. my housemates pun seem suka nak baca those kind of reading materials. At least dapat jugak menyumbang bg input2 ilmiah kat dorg as "Manusia yg baik ialah manusia yg dapat memberi manfaat kpd manusia yg lain". Wallahua'llam..

Saturday, January 23, 2010

Miftahussalam..

Alhamdulillah...akhirnye hajat utk memiliki blog sendiri tercapai juga dgn terhasilnye blog sulung ku ini. Semoga blog ini dpt sedikit sebanyak menjadi wadah dakwah buat sume disamping coretan hidupku sebagai seorg abid yg kerdil di muka bumi Allah yg luas ini. Semoga shbt2 sekalian dpt terus memberikan saranan dan kritikan membina dlm meningkatkan lg kualiti pengisian di blog ini. InsyaAllah..cukup dulu buat mukaddimahnye..Salamullah =)