Monday, February 1, 2010

Wanita (Dehearty)

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan saja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkan ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk
Engkaulah wanita istimewa

Didiklah wanita dengan keimanan bukannya harta
Ataupun pujian kelak tidak derita
Mengharap pada yang binasa

Sedarilah insan istimewa
bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan





Muslimah Sejati part 1







Salam. Lama rasanya nak mention about this topic. For me,it's such a hot issue to discuss about.Pernah tak kita khususnya muslimah nak jadi lebih baik from apa yg kita ada skrg? Of course la,why not kan!Mungkin kita x mampu untuk jadi sebaik dan semulia sahabiah terdahulu seperti Aishah r.anha, Fatimah , Khadijah mahupun Rabiatul Adawiyah.Mungkin ada yg berfikir ,"Aku ni dah x bape baik,mmg agk mustahil la nak jd mcm tu,biar la certain golongan je yg jd mcm tokoh2 tu". Terutama kita yg hidup di akhir zaman ni, zaman di mana penuh fitnah dan mehnah. Salah satu fitnahnya termasuk muslimah itu sendiri.Rasulullah SAW bersabda yg Baginda begitu takutkan fitnah wanita terhadap lelaki di akhir zaman ini.

Muslimah seharusnya mendidik dan menghargai diri mereka. Kita sewajarnya patut sedar yang besarnya peranan dan pengaruh kita dalam sumbang saran terhadap sesuatu perkara. Contohnya,jika tenaga dan fikiran muslimah itu didorongkan ke arah kebaikan,contohnya dakwah, mereka mampu untuk mewujudkan satu komuniti yang besar dan hebat yang bisa menggegar dunia,malah setandingan dengan kaum muslimin.

Wahai muslimah! Ketahuilah engkau bahawa dirimu begitu bernilai,janganlah kau lenyapkan dirimu ke lembah kemusnahan yang x kau tahu bila pengakhirnya.
Percayalah, Allah sentiasa bersamamu.Wanita itu adalah perhiasan dunia dan sebaik2 wanita itu wanita solehah. Dan x mustahil wanita solehah itu adalah DIRIMU! Bermuhasabahlah..~Salamullah~