Sunday, April 18, 2010

Keluhan Seorang Pendakwah

Letih..
Letih memikirkan segala masalah di depan mata.

Namun, adakah wajar untuk aku letih?

Sebanyak mana usaha aku andai dibandingkan usaha Nabi dan para sahabat. Berapa banyak usahaku ini berbanding usaha Hassan al-Banna. Layakkah aku untuk berasa letih?


Kecewa..
Hampir setiap jalan yang cuba aku redah menemui jalan buntu.

Namun, adakah layak untuk aku kecewa? Sedangkan Rasulullah S.A.W. yang ditolak oleh kaum sendiri pun tidak berputus asa dalam perjuangan, siapalah aku untuk kecewa?


Sibuk..
Sibuk menjalankan amanah-amanah yang diberi.

Namun, layakkah aku untuk mengaku diri ini sibuk?

Jika aku sibuk, bagaimana dengan Imam Syafie', Imam Ghazali dan Imam Nawawi? Apalah aku dibanding dgn mereka yang jauh lebih sibuk dan jauh lebih hebat dari diriku.


Pedih..
Pedih hati dan fizikal ini apabila menghadapi ujian dalam perjuangan ini.

Namun, apalah erti kepedihan ini dibandingkan dengan Bilal bin Rabah yang dihimpit dengan batu kerana menegakkan kalimah Ahad?


Hampa..
Hampa apabila amar makruf nahi mungkar yang dijalankan tidak diendahkan.

Adakah ini alasan untuk berhenti berjuang?

Sedangkan Nabi Nuh yang beratus tahun berdakwah, hanya sebilangan kecil kaumnya mengikutinya, namun, adakah baginda berputus asa?


Adakah kita selaku pendakwah ini selalu mengeluh? Mengapa perlu kita mengeluh?

Sedangkan sewaktu kita mengaku keIslaman diri, kita sudah menandatangani kontrak dengan Allah. Kontrak seumur hidup. Kontrak untuk bekerja untuk agamaNya.


Jadi, mengapakah kita mengeluh? Tiada alasan untukku berputus asa. Hanya ada satu jalan untukku. Gigih berusaha!


"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar."
(At-Taubah:111)

Tuesday, April 13, 2010

Lemahnya diri..


Salam..sudah lamanye rasa tidak meng-update blog ni..sahabat2 pun sibuk bertanya bila nak update blog ni...banyak kekangan daripada pelbagai segi. Bak kata seorg sahabat, "Priority first". Memang x dinafikan tanggungjawab kita semasa hidup melebihi masa yang kita ada. Apa2 pun kena bijak mengagihkan masa kena pada tempatnya. InsyaAllah nak kongsi sikit tentang apa yang sedang bermain di fikiran tika ini. Kadang2 diri sendiri terfikir, adakah telah memberi sesuatu kpd sekeliling atau sekarang ini keadaannya diri ini sebenarnya lebihan dunia dan seisinya? Masih banyak jahiliah dalam diri kerdil ini. Kadang2 amat kisah dgn keadaan sekeliling, tapi sayangnya kekisahan itu tidak lama. Memetik bait2 lirik lagu Damba CintaMu daripada kumpulan Raihan "Bilakah diri ini kan kembali kepada fitrah sebenar, pagi ku ingat petang ku alpa,begitulah silih berganti". Itulah hakikat keadaan diri sekarang ini. Masih sedar akan tanggungjawab kepada saudara2 seagama yang lain, cuba untuk memperbaiki diri dan yang lain, namun 'harimau' yang berada diri ini belum keluar lagi. Bilakah tiba saat itu?

Ya Allah, kuatkan aku laksana Saidina Umar al-Khattab dan para mujahid seisinya , tidak gentar walaupun jahiliah mencengkam sekeliling supaya aku mampu menjadi mata rantai di jalanMu hingga ke akhirnya.

Moga bersua lagi. Wallahu'allam.